Showing posts with label Cuts for Tea. Show all posts
Showing posts with label Cuts for Tea. Show all posts

13 January 2013

ALKISAHNYA....

Assalamualaikum dear friends :)

As I mentioned in my earlier post, my siblings were at our home last weekend.

Being an excited Mamanis (as my nephews call me), I excitedly (stress out this word-excited) baked Marble Choc Cheese Cake!! Yes, I repeat, I excitedly baked a cake!!

After spent over one hour prepared everything and waited patiently for the microwave to “tinggg”, me being excited (again, the word), I took the cake out of the oven.

Just a second, it slipped from my hand. Yes. Sekelip mata sahaja, kek tu terbaring di atas lantai T_T
Ni sahajalah yg boleh mamanis hidangkan utk al-Fateh n al-Amin..huhuhu..

 insyaAllah I'll bake it again.
Will share the recipe too. insyaALLAH :)

21 April 2012

PAVLOVA

Pinjam gambar ye K Irma :)
Yummmyyyy!!!!!!
Masam buah +++ manis krim.
One word-----------perfect!!!
Sgt sedap!
Sgt puas hati dapat makan :)

Ordered pavlova from my jiran a.k.a cekgu! :D
Thanks K Irma :)

Plus, ate this perfecto yummyliciousss pavlova with my dear family @ zlh home sweet home.
ALHAMDULILLAH.
Thanks Allah for the precious family time n marvelous foods :)

p/s: this pavlova was specially ordered for my birthday + mak ayah's 30th anniversary. Mak prepared special nasi beriyani + mutton curry. i snap a pic of the foods unfortunately cant find it. maybe i mistakenly deleted the pic while transferring pics from my n8 to my lappy.... :(

03 April 2012

ZLH LASAGNA :D

Assalamualaikum :)

Sejak2 lappy ku masuk hospital, dah jarang dapat access apronhanis ni. sob sob sob..

Saya ingin berkongsi resipi lasagna yang saya cuba 2 minggu lepas (lambatnya update!).
Terimakasih kepada Angah, Kak Irma n Nabilah yg saya jadikan rujukan untuk menghasilkan lasagna ni :)
Sila klik link blog-blog mereka untuk melihat hasil lasagna yang sememangnya sedap :)

Angah dan K Irma, minta izin anis kongsi di sini ye. terimakasih!!! :)


LASAGNA
*Daripada Angah's Cute Oven Small Kitchen ---tapi gambar saya ;) 
Bahan-bahan :
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese

Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti
 Lada sulah
Garam

Sos putih
:
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese

Cara Membuat Sos Daging :
Sos daging dalam proses. hehe.. Tengah tunggu kuahnya kering sedikit

1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan carrot.
2. Masukkan daging cincang masak sehingga perang.
3. Masukkan sos spageti. Tambah sedikit garam. Biar sehingga hampir kering.

Cara Membuat Sos Keju :
Sos putih saya cair. Lain kali kena masak lebih lama supaya lebih pekat.
 
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.

Cara melapis lasagna:
*Daripada Cikgu a.k.a Kak Irma's IrmadiLondon--juga saya tambahkan gambar sendiri.

1. Oleskan dasar bekas dengan minyak zaitun. Takde gantikan dengan minyak masak. Pun boleh. Takde masalah. Hehe
2. Susun kepingan lasagna sehinga memenuhi ruang bekas. Saya tak celur kepingan lasagna.
3. Ratakan inti daging. Kemudian taburkan cheese.
selepas ambil gambar ni, tangan dah berlengas (sticky sbb pegang cheese) jadinya saya tidak dapat ambil gambar seterusnya ;)
4. Ulang langkah ini sehingga habis bahan. Sebaiknya tiga kali ulang sahaja. Supaya tidak terlalu tinggi.
5. Lapisan akhir di atas ialah lasagna sheet dan kemudia sos putih.
6. Akhir sekali taburkan cheese di atas.
Bakar dalam suhu 185 selama 45 minit.

..........................................................................................................

Malam tu masa saya hidangkan lasagna kepada Abg, Abg seperti biasa dengan semangatnya nak ambil gambar.
Oh ye, disebabkan ada lebihan sos daging, saya menambahkan sos daging yang telah dipanaskan di atas lazagna sebelum dihidangkan untuk Abg tersayang :)
Jom makan!..ehh..jom tengok gambar! 
Abg cakap "lasagna Abg kat pokok bunga!" :D
 
Nanti nis nak buat lagi tau bang. nak buat cantik2 sikit hehe
Untuk kesekian kalinya, terima kasih kepada K Irma dan Angah yang tak jemu2 berkongsi resipi dan segala nasihat kepada saya.
Dan semestinya, juga teristimewa kepada Mak yang juga rujukan saya untuk memperbaiki masakan dari hari ke hari. Terima kasih, Mak.
Dan.............pastinya kepada Abg yang sentiasa menyokong saya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Sayang Abg!


28 March 2012

CHOC CHIP MUFFIN~~~DENGAN 'SOS'!

Semalam saya bukak2 je pintu sambut Abg balik keje, Abg cakap: "sedapnya bauuu..."
hehe..saya pun tersengih2 je la. bajet malu2 kucing =p
Abg masuk n tengok atas meja ada ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.

muffin ber'sos'! :D

"nis, kenapa muffin nis kena sos??"
"hehe.. Abg, tu bukan sos laa.. tu jem strawberry. Mak buat n bagi jem tu, dah lama dah nis simpan dlm freezer" :D

ni choc chip muffin yg saya selalu buat.
dapat tempahan drpd junior UIA, 200 biji choc chip muffin minggu dpn for her engagement.
pastu mcm terbayang2 kan muffin ni, tu yg terus, ape lagi, membukak n merasmikan lah oven baru tuh! :D
semangat ni mncuci accessories oven tu dgn warm water n reassemble, sebelum oven dipanaskan selama 15 minit dgn kepanasan maksimum. hehe.. biasa la, penjagaan utk penggunaan pertama oven :)


here, with full of lovessss~~~3 fluffy muffins for Abg!:)
tasty fluffy muffin..nyammmm :)

see, my pokedot glove. nak enter-d-frame ;)

Hari ni saya dgn gembiranya called my dear Mak.
told about the choc chip muffin, which I added the strawberry jam that she made.
ahaa..Mak cakap, mujur la elok lagi jem tu.
jem tu mak saya buat bila adik laki sy, Heri, bawak balik strawberry which he bought at Cameron Highlands monthsss back. hehheehee..

Mak, serius muffin ni sedaaaaaap berganda-ganda sedap sbb ltk jem tu. cewaaahhh :D

Saaaayang Mak n Ayah! =)

15 March 2012

MARBLE CHOC CHIP MUFFIN~RESIPI

Assalamualaikum :)


Seminggu dah sy meninggalkan apronhanis ni..siannn dia, hehe..
Zukhairi's Lovely Housewife (ZLH) ni bajet busy la tu ;)


Setelah sy cuba buat marble choc chip muffin (resipi daripada Angah), sy sgt suka akan hasilnya. 
jadi, sibuklah sy promote resipi muffin tu pada kawan2..hehe..
Kali ni sy nak share muffin ni yg sy buat hujung minggu lepas semasa makayah mentua sy bermalam di rumah kami. 
plus, Ya pun "order" muffin ni untuk dibawa ke gathering Geng Bas UIA dia :D


Ni resipi dan cara2 menghasilkan muffin yg super soft ni;)
  • 100gm butter
  • 120 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80gm gula halus
  • 60ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco (saya tak letak sbb takde. hehe)
  • 1 sudu besar serbuk koko (saya lebihkan 2 sudu)
  • pewarna kuning (kali ni saya guna pewarna pink. tapi dinasihatkan janganlah sebab hasil warnanya tidak berapa menarik)
  • choc chip

sebelah choc, sebelah pink pink
tabur choc chip.yeayyy

  • Ayak tepung dan baking powder.
  • Pukul butter menggunakan pemukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanila. Pukul 2 minit.
  • Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar. Gaul sehingga sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian saya warnakan dgn pewarna pink. 1 lagi bahagian saya tambah serbuk koko. Kacau sebati.
  • Sudukan adunan 3/4 paper cup. Tabur choc chip. yeayyy sedia utk dibakar.
  • Bakar 30 minit pada suhu 180c. Saya bakar selama 15 minit dengan suhu 175c.

Jom tgk gambar!! Semangat Abg klik2, siap ada benda hiasan tu..hehe..
Timekasih Abg! =)


Muffin dihiasi lilin doorgift wedding ZLH~~Zukhairi Loves Hanis. Eheh
.....dan muffin bergambar dgn piramid kecil hadiah drpd adik kami Heri yg jauuuhhh di Mesir :)
nyammmmmmmmm!!!

26 February 2012

MARBLE CHOC CHIP MUFFIN

My darling Abg is currently at Terengganu to attend a meeting.
happy working my dear!
kalau terjumpa satar nnt, tlg belikan kt nis eh..
(teruk betul isteri nih, siap nak pesan2 pulak ye) 
hehhheehhhe :D :D :D


my sisters, Ya n Qilah, menemankan saya di rumah.
malam semalam pulak, Abg Syahir n family dtg tidur rumah.
alang2 diorg ada program di sekitar Gombak nih, diorg pun dtg tidur sini.
yeayy yeayy, dpt jmp Fateh n Amin! :)


pagi ni nak breakfast ape ye?
ohh...murtabak raja frozen yg Abg beli di KB haritu ada lg.
ok lah, kita makan murtabak je lah.
tapi, mcm x best je mkn tu je.
rasa nak masak jgk something.
erm...haaa...teringat pula entry baru Angah, 
jom kita cuba buat marble choc chip muffin!
resipi asalnya, boleh lah jenguk2 di ovenkecil ni ye :)


saya ubah sikit2 cara buat muffin ni mengikut kesesuaian.
inilah hasilnya!


senang je nak buat. rugi x cuba
next time kalau buat, sy kena tambahkan adunan dlm cup tuh.
ciput sgt tuh, makan pun x puas hehe..
masa ltk tu, takut nak ltk byk, nnt melimpah2, mcm giant muffin, x comey pulak kan.


lembut...sedappp ;)


sedap. lembut. betul lembut.
terima kasih Angah sbb share resipi.
kwn2 try lah buat, mmg senang je nak buatnya, makan pun sedap.


Angah, nak pinjam satu gambar eh. hehhee..