Showing posts with label Simple Dishes. Show all posts
Showing posts with label Simple Dishes. Show all posts

21 November 2013

IKAN KUKUS

Gambar dah lama, baru nak share kt blog hihi..
Ikan Kukus; for our Ifthar :)

Ikan Kukus ZLH

Terlebih berkuah kan. huhu..
Nasib baik tak hanyir sbb letak banyak2 halia n serai.
Plus, siap buat Tomyam Sayur. So padan lah, ada rasa2 masam2 dari tomyam tuh.

:)





ZLH NASI AYAM

Assalamualaikum.

Currently students are happily enjoying their semester break whilst lecturers are ‘enjoying’ the ‘leisure time’ until the semester commence in early of December.

While checking my emails (macam takde keje sgt lah kan hihi), I found out an email from Abg, which I requested him to send pictures of Nasi Ayam and Ikan Siakap Kukus which I prepared errrr likeee yearsss before?! *exaggerate*

Oh yah now I remember.
Nasi Ayam ini dibuat masa 4 Ramadhan. My sisters and bro in law were coming over for ifthar. Excited ok menjamu makan orang2 berpuasa hihihi ;)

Nasi Ayam; ifthar for the 5 of us!~Abg, Ya, Edfi, Adik n me =)
Im pretty sure many out there are Nasi Ayam expertise. However, Im going to share a little bit on how this ZLH Nasi Ayam is prepared =)
  • Cook the rice with the chicken soup.
  • Marinade the chicken with some oyster sauce (sos tiram).
  • Take some of the soup as well, mix with the red chilli and 2-3 garlics, and blend altogether for the sambal.
  • Put some kicap in a bowl and pour soup onto it.
p/s: While I served our ifthar, I didint realise that Abg was doing something ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
He surprised me with this ;)

Special Nasi for me ^^,
Gigih sangat Abg, kan. Siap bentukkan L O V E utk nasi Nis. hihih..
Thank you Abg! :)

28 June 2013

CELIK HATI SPAGETTI ;)

Assalamualaikum :)


I have pending entries however I would like to share something wonderful last night.

1. I cooked spaghetti for us. Tadaaaa~~ZLH Spagetti, anyone? =)


Its not really pedas so I put some cili api in the kuah. hihi.. and I also didnt cut the mushroom smaller ;)

Mine with one tower, Abg with two towers. But we both makan tambah ;)


 2. We watched Celik Hati by Prof Dr Muhaya@TV9 last night. It was the final of 13 episodes and it was extra special! Im so blessed to have the leisure time to watch it last night (coz sadly I missed few episodes previously :(  

I’ve been following Prof Muhaya’s talks anytime that I could.
In last night's prog, it was really special because Malaysian Sweetheart Siti Nurhaliza was there toooo!! ;) 
and the other special guest, Datuk Syed Zainal. He’s humble, so simple.

The CelikHati last night was really awesome!

For those who missed it, Im sure u could watch it somewhere online.

Sooo many inputs from the prog last night, and among those, I could conclude something. 
Datuk Syed Zainal few times mention ‘isteri saya’, Siti as well ‘suami saya’, in a good way of course, indirectly in their stories. 
I believe, those successful happy BAHAGIA people, the spouse really meant something in their life.
How influential our spouses are.

If you have one, ohhh..what else to say? Thank you Allah! =) 


18 June 2013

KUETIAW KUNGFU

Assalamualaikum =)

I would like to share a recipe of kuetiaw kungfu which is among the favourite dishes of both of us :)

Honestly, I often ate kuetiaw kungfu when I was in UIA, and when we eat outside, I used to order this menu. Honestly (again), I don’t think I can cook this dish because errr I thought it must be very difficult!!! *shoud I mention again 'something'? ;)*

When I saw Mak prepare this kuetiaw kungfu, to my surprise, its soooo easy! Believe me!
Here are the steps of preparing your own kuetiaw kungfu! I bet it will be tastier than the one you ordered at the restaurants :D

1. Celurkan kuetiaw.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Sementara tunggu minyak panas, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk. Ambil kuetiaw mengikut kuantiti yg kita mahu makan. Gaul2kan kuetiaw dan telur.
3. Gorengkan kuetiaw mengikut kerangupan yang anda suka. Keluarkan ke dalam pinggan dalam.
* Note: Ulang proses 2 & 3 mengkut berapa bilangan hidangan anda.

Penyediaan Kuah.
1. Buat sahaja sup macam biasa, mengikut selera masing2.
2. Curahkan sedikit air yg telah dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Apabila kuah dah siap, curahkan sahaja kuah tu ke atas kuetiaw tadi.

Siap untuk dimakan. Mudah je kan :)


p/s: This meal is really easy to prepare when you are expecting guests. InsyaALLAH everybody will enjoy your kuetiaw kungfu :)

-ZLH- :)


13 January 2013

ANGLE HAIR...??

The nama sounds weird good,huh? ;)

My siblings gathered at our place last weekend.
The day my brother and his family was leaving, I prepared this 'angle hair' ;)
 Its actually similar to the spageti but smaller size ;)


Note: Biasanya spageti direbus, sediakan kuah, dan boleh dihidang.

Kali ni selepas rebus dan tos angle hair, saya tumiskan bawang putih, sayur kacang peas dan capsicum (cili benggala?), dan masukkan angle hair, Gaulkan sekejap sahaja.

Sebelum dituangkan kuah, saya taburkan serbuk daun oregano di atas angle hair.
Oregano memang sedap. walaupun sikit tetapi rasa jadi lain.
Delicious!

FRIED RICE & KUETIAW, AND VEGE SOUP

Assalamulaikum :)

Simple dishes, as usual! :D

From left: 1. Nasi Goreng Cendawan bersama Ayam Goreng Berempah
2. Sup Sayur Simplllleee
3. Kuetiaw Goreng ala Mamak bersama Wantan Goreng


Note: Usually I prepared Kuetiaw the way my Mom taught us long time ago.
This time around, I tried Kuetiaw goreng ala mamak.
Bezanya cuma, bila tumis bawang dan cili kisar, tumiskan juga serbuk kari yang dah dibancuh.
Cuba lah! :)


24 December 2012

AIR BEST


This situation happened on Friday night, 7th Dec 2012 ;)

_______________________________________________

I felt so pissed off with something.

I sat next to Abg.

He asked me, “Nis nak air sejukAbg?” (Dlm hati I dah pelik. Air sejuk kan refers to air kosong yg kita letak dlm peti. Kt rumah I, takde buat stok air sejuk).

I just answered, “Erm. Nak”.

About 2 minutes later, after he went to the fridge, Abg came with this!!! Hihihihiih




Thank u Abg!!

I named it Air Best! :D

After u stir it :) masyaAllah soooo refreshinggg!! terus sejukkkkk je rasa hihihi ;)


Its so simple to prepare it.

1.     Pour some sunquick to the glass.
2.     Put few ice cubes.
3.     Pour ice cream soda drink.
     

Make sure you follow the steps, for a refreshing soothing lovely sweety drink! Plus do it with a loving heart! Heh ;)


03 November 2012

DAGING BISTIK & RESIPI

Assalamualaikum, kawan2 pembaca apronhanis sekalian :)
 
Maaf lambat saya kongsi resipi daging bistik, yang mana saya sudah 'post' beberapa cerita dan gambar sebelum ni.
Saya sudah memberitahu nenek yang saya mahu berkongsi resipi ini di blog. She is moreee than happy to hear that, hihi.
Untuk pengetahuan semua, resipi ini diajar oleh nenek saudara saya kepada adiknya iaitu nenek saya. Nenek saya pula mengajarnya pada semua anak menantu dan cucu2nya. Ini ialah hidangan istimewa bagi keluarga kami. 



Daging bistik. Cubalah resipinya, mmg terjamin sedap! ;)

Penyediaan Daging:
Daging dihiris nipis. Basuh dan tiriskan. Gaul dengan lada hitam kasar @ tumbuk, dan sedikit garam. Boleh juga ditambah sedikit serbuk kunyit. 
*Untuk 1 kg daging, gunakan lebih kurang 3 sudu makan lada hitam biji.
Perap paling kurang 2 jam, atau semalaman.
 

Penyediaan Kicap dan bahan2 lain:
- Kicap 3/4 cawan. Perahkan limau nipis, kuantiti ikut pada masam yg kita suka. Tambah sedikit gula dan lada sulah.

- Bawang besar, cili merah dan cili hijau**
** kuantiti: 1 cawan untuk setiap satu. gunakan cawan yg sama untuk kicap tadi.
 - 1 sudu tepung gandum. kacau dgn air sedikit demi sedikit sehingga agak pekat. Ini untuk memekatkan daging bistik di akhirnya nanti.

CARA PENYEDIAAN
1. Masuk daging dlm kuali tanpa minyak. Guna  api sederhaha, matikan air daging. Sambil tu, kacau2 daging supaya tak melekat pada kuali. 
2. Bila air daging berkurangan, tambah sedikit air ke dalam kuali. Ini utk melembutkan daging. Tutup kuali,lakukan sehingga daging lembut.
3. Masukkan sedikit minyak. Besarkan sedikit api jika mahu. Balik2kan daging hingga nampak garing.
 
Lama nak tunggu daging betul2 empuk
4. Curahkan kicap yang disediakan tadi dan gaul2kan. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar.
 
Gaul-gaulkan daging dgn kicap
 
5. Curah tepung atas daging.Balik2kan supaya tepung rata menyaluti daging. Tambah garam jika perlu.
- Rasa2 mcm dah sedap tu, maknanya dah siap la daging bistik anda! :)
 
 Terima kasihhhh kepada mak dan nenek sy yg berkongsi resipi ni. Pastinya saudara mara saya yg lain pun ramai menjadikan daging bistik ni bukan sekadar menu wajib raya, tapi hidangan makanan harian :)

RAYA HAJI STORIES

Assalamualaikum and Good day everyone! :)

I've been keeping this Raya stories for a week. hihi..


We celebrated our Eiduladha in KL.
After we performed the Eid prayer at Surau Danau Kota, we went to my brother's house in Cheras to gather with my siblings.

~~ZLH on the Eidul Adha~~
Well, on the Sunday which was 12 Zulhijjah, I decided to cook Raya meal.
(Erm, iye lah, raya2 ni tak feel lah kalau takde makanan raya kan. hihi..)
Then I called Mak-Mak to get the recipes.
Finally I managed to prepare Daging Bistik and Kuah Kacang!!! yeyyyy!! Alhamdulillah! :)


Daging bistik and Kuah Kacang~~~Yummyyyiciousssnyer! :D
Call mak utk resipi dgg bistik dan call mak mentua utk resipi kuah kacang.
Both Abg's fav! :)


Nasi Impit dimakan dgn Daging Bistik, Kuah Kacang dan Sambal Mak :)
 
***Untuk resipi Daging Bistik, klik di sini***



25 October 2012

IFTHAR PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH & SALAM EIDULADHA

Assalamualaikum.

Salam Eiduladha!

Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar wa lillahil hamd! :)

Teringat2 jemaah haji yg sekarang berkumpul di Arafah. masyaALLAh nikmat Allah dpt ke sana.
Semoga Allah permudahkan segala urusan para tetamuNya dan mereka beroleh haji mabrur! ameen!

Sekadar ingin berkongsi ifthar kami td.
Nasi lemak + sambal mak + sotong goreng tepung + telur mata + errr...takde sayur. hihhi :P


Abg's ;)
Always our fav!
Kali ni tepung beras tu saya campurkan sikit serbuk kunyit n serbuk cili. sbb tu gelap sikit rupanya :)
Slmt Hari Raya!
Mintak maaf atas salah dan silap.

:: ya ALLAH, hidupkan kami dalam Islam. Matikan kami dalam Islam. ameen! ::



03 August 2012

IFTHAR 11 & 12

Assalamualaikum warahmatullah :)

This one whole week tak sempat lagi saya update blog.
Saje je suka2 share ifthar hari2.
I knew that my cooking or my dishes are very2 simple.
Tapi tak pe lah kan, I nak share juga.
My sis yg sorg tu, dia cakap suka tgk I masak2 sbb nampak simple. Macam senaaang je masak. So dia terdoronglah nak masak jugak. katanya ;)

Ok on last Tuesday, we had a very simple ifthar:
  •  I just fried ikan kerisi whch is Abg's most fav ikan :)
  • Plus sup sayur campur yang dimasukkan juga so'un.
  • Karipap and popia sebagai sampingan.

Our ifthar on Wednesay was great.
I baked 2 pcs of chicken, n here's the recipe which I got from Tv al-hijrah ( I cant remember the name of the cooking prog)

Bahan-bahan untuk pupuk ayam:
  • Serbuk kari ayam
  • Jintan manis dan jintan putih
  • Madu asli - supaya ayam nampang perang berkilat selepas dibakar
  • Serbuk paprika - I skipped, sbb takde
  • Yellow mustard - skipped as well
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Garam
Cara penyediaan:
  1. Gaul semua bahan dalam satu mangkuk, masukkan sedikit air panas. Pupuk seluruh bahagian ayam.
  2. Bakar 200c selama 35 minit - boleh diubah mengikut kesesuaian oven masing2
Alhamdulillah! Memang best!
Theres a sad story anyway..hihi..
I really2 plan to have the chicken with kentang oregano.
Unfortunately, somethign happend to the potatoes hihi and lucky luckily, I just bought the intanst mashed potato 2 days back.



See the gravy of the mashed potato. Sepatutnya lps gravy tu dimasak, tunggu lebih kurg 5 minit sebelum dihidangkan. Baru lah kuah tu pekat dan gelap. Nasib baik I cedok sikit je masa nak mula makan hihi

29 July 2012

IFTHAR 8

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, we've passed the one week of Ramadhan.
Hows your fasting?
Lets pray that we become a better person day by day during the Ramadhan and forever, iAllah :)

On the 8th Ramadhan, my siblings gathered at our elder bro's house for ifthar.
My dear pengantin baru sister, Kak Na and his Mr H, Abg Nizam, was coming all the way from Malacca to break-fast with us.
Abg, me and as usual, my sister, Ya, were also there. hihi..
Meeting our cheeky nephews, Fateh and Amin, oh myyy... (geram sgt dgn diorg tuh!;)

We had a mathurat recitation and du'a before the azan.
For the ifthar, my dear SIL prepared these foods:

  • Masak asam ikan parang
  • Ikan kembung goreng
  • Sotong goreng
Ops, really excited to eat, forgot to take pics =P

I just brought sayur campur goreng



plus, this kek karamel ordered from K Irma :)


27 July 2012

IFTHAR 6

Assalamualaikum. Ramadhan Kareem!

Its our first day of ifthar with outside foods.
Actually, IIC, the college where I teached, had a bazar on every Thursday organised by the IIC students themselves.
As a supportive lecturer, hihi, I went to the bazar and buy ifthar foods there.

Wheres the pic of our main dish?? I bought bubur nasi berlauk rendang daging for us but I didnt capture the pic. hmm..

Ops.. eventhough I bought foods for our ifthar, I still want to cook something.
erm.. what else?? simple easy pizzy.. jemput-jemput lah! :D

Abg mmg suka makan jemput2.. ;)

 I also bought pudding and lemon lychee drink for us.
When Abg came back, he brought back something.
Guess whattt?? ---- its my favoritas kuih tepung pelita!
Oh my.. I  didnt even remember this my fav kuih especially during Ramdhan. hihi..
Thanks Love, tak sempat nis nak pesan pun ;)
Sooooooo excited to eat the tepung pelita. Plus can u see the small red spoon? It was provided in the packaging. Comel kan ;)



IFTHAR 5

Assalamualaikum, Ramadhan kareem!! :)

'Something' happened to me in the evening..hihihi.. I just started cooking at 6.40pm.
Can u imagine my 'blurness' (is there any word like this?) because azan is less than one hour. phewww~~

Anyway Alhamdulillah I managed to prepare these simple dishes :)


  • Sambal sotong
  • Sayur campur goreng
  • Ikan cencaru bakar + kicap cili padi

Among ZLH's fav dish - cencaru bakar
Luckily I have the sambal Mak in the freezer. Just add the sotong ;)

Sayur campur


Alhamdulillah! :)

IFTHAR 4

Assalamualaikum :)

On the 4th Ramadhan, we started our special project ------------------ RAYA COOKIESSSS!!!
Dear friends, pls place your order ;)
Almond Choc Chip Cookies, -+ 550 grams @ -+ 50 pieces per pax, and it just Rm 25! =)


Since its quite bz on that day, after teaching at the college, I straight away went to K Irma's house.
I just went home at nearly 6.
I do not know what to cook hihi since chicken or fishes were in the freezer, so we had a very very simple dishes on that day.

  • Taugeh goreng
  • Sambal kosong
  • Ikan masin
  • and...................... a very very special dish prepared voluntarily by Abg --- Telur hancur fried with the chilli sauce. hihi.. Thanks Love! ;)
Unfortunately, no pic for this time since we finished preparing everyhting just on time before the aazan ;)

24 July 2012

IFTHAR 3

Assalamualaikum :)

Alhmadulillah masih berkesempatan menyediakan makanan berbuka pada hari ini.
Masak sangat simple pun, cuma nasi goreng dan tomyam sayur, hihi..

Nasi goreng yang dihidangkan di atas telur dadar nipis, bersama ikan kering, keropok ikan, ikan bilis dan bunga kantan sebagai pelengkap rasa.

Saya menyediakan nasi goreng ini seperti biasa sahaja cuma yang 'best'nya, sy menambahkan bunga kantan di dalam nasi goreng ini. Mak yang memperkenalkan saya dgn nasi goreng bersama bunga kantan ni. Cubalah sediakan, pasti kena dgn selera kawan2 :)
Ermm..tapi nasi goreng saya ni agak pucat, saya meletakkan hanya sedikit cili kisar kerana cilinya pedas.

Sebagai pelengkap nasi goreng ini, saya menyediakan tomyam sayur dan juga menghidangkan air soya yang dibeli oleh Abg di bazar :)

Alhamdulillah!

23 July 2012

IFTHAR 2

Assalamualaikum :)

Semalam saya dan Abg semangat pergi kedai az-Zain.
Pernah perasan kedai ni di tempat kawan2?
Kedai yang jual makanan halal. iAllah halal semuanya :)
Kami pergi az-Zain pertama kali, cadang2 nak beli ayam mentah di sini.
Erm harganya mmg boleh tahan arr..hihi.. utk seekor ayam, harganya rm17.80.
Tapi tak pasti pulak brp kg harga tu sbb semua ayam sama je harganya.
Di az-Zain juga ada macam2 kuih frozen, sos kicap rencah halal etc.
Pergilah singgah2 di sana sbb saya pernah nampak az-Zain ni di bbrp tempat dah.

oh ye.. Walaupun dalam fikiran saya nak buat ayam masak tu, masak ni, tapi apabila saya bertanya pada Abg, nak makan ayam masak ape?
Laju je jawapan Abg "Abg nak ayam masak kicap!".. hehe.. sememangnya itu lah kegemaran Abg ;)

Jom jom tgk gambar :)
Saya sediakan ayam masak kicap, bayam goreng belacan (biasanya kangkung goreng belacan kan hiii) dan telur dadar.
Cukuplah kan lauk-lauk ni untuk kami berdua. Alhamdulillah :)
ZLH ayam masak kicapppieeee ~ Abg's favoritas! ;)


Lauk ifthar heri kedua kami. Alhamdulilllah atas rezeki ALLAH! :)


Saya hendak berkongsi di sini penyediaan ayam masak kicap.

Bahan-bahan:
  • Ayam beberapa ketul. Gaul dgn kunyit, cili kisar, serbuk cili, serbuk kari, rempah2 yang ada (smlm saya letak jintan) dan sedikit garam. Perap lebih kurang sejam.
  • Bawang merah 5 biji, bawang putih 2 biji - dihiris
  • Halia - dihiris. Tapi smlm lupa ltk!!huhu.. kurg 'kick' rasanya ;)
  • Kicap. Kuantiti mengikut kesukaan sendiri.
  • Kentang - digoreng asing.
Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Agak2 kuantitinya agar tidak terlalu banyak. Saya buat semalam, minyaknya terlebih sedikit jadi kuahnya a lil bit oily.
  2. Tumis bawang dan halia. Apabila sudah naik bau, gorengkan ayam.
  3. Apabila ayam sudah mula masak, curahkan kicap dan sedikit air. Perasakan garam jika perlu.
  4. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
  5. Ayam masak kicap ZLH sudah sedia dimakan :)
p/s: Terima kasih kepada cafe di resort percutian sempena first anniversary kami dahulu. Lauk ini antara yang dihidangkan semasa percutian kami di sana dan Abg suka dengan ayam masak kicap yang diubah suai sedikit daripada ayam masak kicap kebiasaanyya.

Selamat Mencuba! =)

21 July 2012

IFTHAR 1

Assalamualaikum warahmatullah,


Dear Friends, what did you have for your "break-fast" / ifthar today?
I am sure all of us were very excited to cook for the first day of Ramadhan for our family, isnt it?



ZLH had a simple ifthar today.
I prepared masak lemak kubis & petola, ikan selar goreng bersambal and jemput-jemput ikan bilis.
Plus. spice tea to compliment the dishes. hihi..

Few pics taken by Love Abg while waiting for the aazan ;)

Masak lemak kubis dan petola

Ikan selar goreng bersambal

Jemput makan jemput-jemput ;)

Masak lemak kubis dan petola sudah selalu saya sediakan, sebab sangat senang untuk dibuat.
Jadi kali ni, saya mahu berkongsi resipinya yang saya ambil dari buku "1 Hari 1 Resipi - 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza" tapi diubah suai sedikit mengikut kesesuaian :)

Bahan-bahan:
  •  1 atau 2 biji petola (saya cuma menggunakan 1 biji) - dibuang kulit dan dihiris nipis
  •  1/2 batang lobak merah (alamak, takde pula carrot dalam peti ZLH. so....skipped!)
  •  sedikit kubis (saya menggunakan separuh kubis)
  •  1 sudu makan udang kering
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • garam secukupnya
  • 3 biji bawang merah dan 1 biji cili merah - dihiris
Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sekali lagi. Tutup api.
  3. Sedia untuk dihidang.
Untuk hidangan kedua, saya menggoreng ikan selar seperti biasa.
Kemudian, saya mencurahkan sedikit sambal di atas ikan yang telah digoreng itu.
Sambal saya dah sediakan sebelum puasa lagi, memang buat stok ;)

Ramadhan Kareem! :)

RAMADHAN KAREEM!

Alhamdulillah Allah izinkan kita bertemu dgn Ramadhan lagi.
Semoga kita menjadi lebih baik selepas ini hasil tabiyyah Ramadhan. Ameen!

Nak berkongsi hidangan makan malam kami semalam. hihi.
Masak lemak ketam ~~~ mmmm sedaaaaaap sgt!!!
Tapi, bukan sy yg masak.
Ini masak lemak ketam Mak! :)



Terima kasih Mak sediakan ketam yang sememangnya 'my most favourite!' :D
Terima kasih Ayah yang boleh dikatakan bila datang KL, mesti beli ketam. hihi..
Terima kasih Abg sbb tak berebut makan ketam dgn Nis. hhihihihi :D

Terima kasih Allah atas setiap rezeki yang Kau berikan kpd Kami.

Ramadhan bulan berkat!
Ramadhan bulan islah!
Ramadhan kareem!! :)



26 June 2012

PAPRIK AYAM

Assalamualaikum :)

Semalam saya sediakan paprik ayam untuk Abg berbuka puasa.
Ikut resipi Mak dan ini lah hasilnya! :)


Nasi putih dimakan dengan paprik ayam dan telur dadar. Abg bg thumbs up! ;)

Bahan-bahan:
  • 3 biji bawang merah, 5 biji bawang putih dan sedikit halia - ditumbuk kasar.
  • serai diketuk dan daun limau purut.
  • sedikit pes tomyam, kicap dan cili kisar. Garam secukupnya juga.
  • ayam yang dipotong sederhana.
  • sayur - saya gunakan jagung mini dan kacang peas sbb itu sahaja stok sayur dlm peti smlm. lebih sedap kalau ditambah tomato.
Cara penyediaan:
  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Masukkan sedikit cili. Selepas cili pecah minyak, masukkan kicap dan pes tomyam.
  3. Selepas mendidih, masukkan ayam. Lebih kurang 2 minit, masukkan sayur.
  4. Perasakan dgn garam secukupnya.
  5. Siap utk dimakan. Dengan penuh kasih sayang :))
Note: Cili kisar di rumah saya tu sgt pedas. Jadinya saya x letak dgn banyak. Maka dapatlah hasilnya paprik ayam yg sedikit pucat ni, hihihi :D