03 November 2012

DAGING BISTIK & RESIPI

Assalamualaikum, kawan2 pembaca apronhanis sekalian :)
 
Maaf lambat saya kongsi resipi daging bistik, yang mana saya sudah 'post' beberapa cerita dan gambar sebelum ni.
Saya sudah memberitahu nenek yang saya mahu berkongsi resipi ini di blog. She is moreee than happy to hear that, hihi.
Untuk pengetahuan semua, resipi ini diajar oleh nenek saudara saya kepada adiknya iaitu nenek saya. Nenek saya pula mengajarnya pada semua anak menantu dan cucu2nya. Ini ialah hidangan istimewa bagi keluarga kami. 



Daging bistik. Cubalah resipinya, mmg terjamin sedap! ;)

Penyediaan Daging:
Daging dihiris nipis. Basuh dan tiriskan. Gaul dengan lada hitam kasar @ tumbuk, dan sedikit garam. Boleh juga ditambah sedikit serbuk kunyit. 
*Untuk 1 kg daging, gunakan lebih kurang 3 sudu makan lada hitam biji.
Perap paling kurang 2 jam, atau semalaman.
 

Penyediaan Kicap dan bahan2 lain:
- Kicap 3/4 cawan. Perahkan limau nipis, kuantiti ikut pada masam yg kita suka. Tambah sedikit gula dan lada sulah.

- Bawang besar, cili merah dan cili hijau**
** kuantiti: 1 cawan untuk setiap satu. gunakan cawan yg sama untuk kicap tadi.
 - 1 sudu tepung gandum. kacau dgn air sedikit demi sedikit sehingga agak pekat. Ini untuk memekatkan daging bistik di akhirnya nanti.

CARA PENYEDIAAN
1. Masuk daging dlm kuali tanpa minyak. Guna  api sederhaha, matikan air daging. Sambil tu, kacau2 daging supaya tak melekat pada kuali. 
2. Bila air daging berkurangan, tambah sedikit air ke dalam kuali. Ini utk melembutkan daging. Tutup kuali,lakukan sehingga daging lembut.
3. Masukkan sedikit minyak. Besarkan sedikit api jika mahu. Balik2kan daging hingga nampak garing.
 
Lama nak tunggu daging betul2 empuk
4. Curahkan kicap yang disediakan tadi dan gaul2kan. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar.
 
Gaul-gaulkan daging dgn kicap
 
5. Curah tepung atas daging.Balik2kan supaya tepung rata menyaluti daging. Tambah garam jika perlu.
- Rasa2 mcm dah sedap tu, maknanya dah siap la daging bistik anda! :)
 
 Terima kasihhhh kepada mak dan nenek sy yg berkongsi resipi ni. Pastinya saudara mara saya yg lain pun ramai menjadikan daging bistik ni bukan sekadar menu wajib raya, tapi hidangan makanan harian :)

2 comments:

MZS said...

Yummy!! boleh buat slalu

:: anisjazz :: said...

insyaALLAHHH boleh, boss syg!! :D