03 April 2012

ZLH LASAGNA :D

Assalamualaikum :)

Sejak2 lappy ku masuk hospital, dah jarang dapat access apronhanis ni. sob sob sob..

Saya ingin berkongsi resipi lasagna yang saya cuba 2 minggu lepas (lambatnya update!).
Terimakasih kepada Angah, Kak Irma n Nabilah yg saya jadikan rujukan untuk menghasilkan lasagna ni :)
Sila klik link blog-blog mereka untuk melihat hasil lasagna yang sememangnya sedap :)

Angah dan K Irma, minta izin anis kongsi di sini ye. terimakasih!!! :)


LASAGNA
*Daripada Angah's Cute Oven Small Kitchen ---tapi gambar saya ;) 
Bahan-bahan :
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese

Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti
 Lada sulah
Garam

Sos putih
:
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese

Cara Membuat Sos Daging :
Sos daging dalam proses. hehe.. Tengah tunggu kuahnya kering sedikit

1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan carrot.
2. Masukkan daging cincang masak sehingga perang.
3. Masukkan sos spageti. Tambah sedikit garam. Biar sehingga hampir kering.

Cara Membuat Sos Keju :
Sos putih saya cair. Lain kali kena masak lebih lama supaya lebih pekat.
 
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.

Cara melapis lasagna:
*Daripada Cikgu a.k.a Kak Irma's IrmadiLondon--juga saya tambahkan gambar sendiri.

1. Oleskan dasar bekas dengan minyak zaitun. Takde gantikan dengan minyak masak. Pun boleh. Takde masalah. Hehe
2. Susun kepingan lasagna sehinga memenuhi ruang bekas. Saya tak celur kepingan lasagna.
3. Ratakan inti daging. Kemudian taburkan cheese.
selepas ambil gambar ni, tangan dah berlengas (sticky sbb pegang cheese) jadinya saya tidak dapat ambil gambar seterusnya ;)
4. Ulang langkah ini sehingga habis bahan. Sebaiknya tiga kali ulang sahaja. Supaya tidak terlalu tinggi.
5. Lapisan akhir di atas ialah lasagna sheet dan kemudia sos putih.
6. Akhir sekali taburkan cheese di atas.
Bakar dalam suhu 185 selama 45 minit.

..........................................................................................................

Malam tu masa saya hidangkan lasagna kepada Abg, Abg seperti biasa dengan semangatnya nak ambil gambar.
Oh ye, disebabkan ada lebihan sos daging, saya menambahkan sos daging yang telah dipanaskan di atas lazagna sebelum dihidangkan untuk Abg tersayang :)
Jom makan!..ehh..jom tengok gambar! 
Abg cakap "lasagna Abg kat pokok bunga!" :D
 
Nanti nis nak buat lagi tau bang. nak buat cantik2 sikit hehe
Untuk kesekian kalinya, terima kasih kepada K Irma dan Angah yang tak jemu2 berkongsi resipi dan segala nasihat kepada saya.
Dan semestinya, juga teristimewa kepada Mak yang juga rujukan saya untuk memperbaiki masakan dari hari ke hari. Terima kasih, Mak.
Dan.............pastinya kepada Abg yang sentiasa menyokong saya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Sayang Abg!


6 comments:

Nadz Nazharzan said...

Anus, kan dah kata.. Mesti jadi w/p sos putih tu cair.. Well done sis. Eh..nama blog angah tu salah lerrr... Mine is CUTE OVEN, SMALL KITCHEN laaa...hehehe...

zukhairi said...

Yummy:) waiting to eat the next one!:)

:: anisjazz :: said...

angah, dah betulkan. keh keh. ape daaa boleh tertukar :P

abg, yay yay! nnt nis buat lg :)

aweenemo said...

Sdap la..nis,mudah x nk cari shredded cheese yg halal?

aweenemo said...

Sdap la..nis,mudah x nk cari shredded cheese yg halal?

:: anisjazz :: said...

kak win, anis x igt lak ape nama brand cheese anis guna tuh. tp selalu je nmpak kt mana2 kedai. platik hijau hehehe (description x membantu lgsg) :P