Semalam saya sediakan paprik ayam untuk Abg berbuka puasa.
Ikut resipi Mak dan ini lah hasilnya! :)
![]() |
Nasi putih dimakan dengan paprik ayam dan telur dadar. Abg bg thumbs up! ;) |
- 3 biji bawang merah, 5 biji bawang putih dan sedikit halia - ditumbuk kasar.
- serai diketuk dan daun limau purut.
- sedikit pes tomyam, kicap dan cili kisar. Garam secukupnya juga.
- ayam yang dipotong sederhana.
- sayur - saya gunakan jagung mini dan kacang peas sbb itu sahaja stok sayur dlm peti smlm. lebih sedap kalau ditambah tomato.
- Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
- Masukkan sedikit cili. Selepas cili pecah minyak, masukkan kicap dan pes tomyam.
- Selepas mendidih, masukkan ayam. Lebih kurang 2 minit, masukkan sayur.
- Perasakan dgn garam secukupnya.
- Siap utk dimakan. Dengan penuh kasih sayang :))
No comments:
Post a Comment