24 July 2012

IFTHAR 3

Assalamualaikum :)

Alhmadulillah masih berkesempatan menyediakan makanan berbuka pada hari ini.
Masak sangat simple pun, cuma nasi goreng dan tomyam sayur, hihi..

Nasi goreng yang dihidangkan di atas telur dadar nipis, bersama ikan kering, keropok ikan, ikan bilis dan bunga kantan sebagai pelengkap rasa.

Saya menyediakan nasi goreng ini seperti biasa sahaja cuma yang 'best'nya, sy menambahkan bunga kantan di dalam nasi goreng ini. Mak yang memperkenalkan saya dgn nasi goreng bersama bunga kantan ni. Cubalah sediakan, pasti kena dgn selera kawan2 :)
Ermm..tapi nasi goreng saya ni agak pucat, saya meletakkan hanya sedikit cili kisar kerana cilinya pedas.

Sebagai pelengkap nasi goreng ini, saya menyediakan tomyam sayur dan juga menghidangkan air soya yang dibeli oleh Abg di bazar :)

Alhamdulillah!

No comments: