23 July 2012

IFTHAR 2

Assalamualaikum :)

Semalam saya dan Abg semangat pergi kedai az-Zain.
Pernah perasan kedai ni di tempat kawan2?
Kedai yang jual makanan halal. iAllah halal semuanya :)
Kami pergi az-Zain pertama kali, cadang2 nak beli ayam mentah di sini.
Erm harganya mmg boleh tahan arr..hihi.. utk seekor ayam, harganya rm17.80.
Tapi tak pasti pulak brp kg harga tu sbb semua ayam sama je harganya.
Di az-Zain juga ada macam2 kuih frozen, sos kicap rencah halal etc.
Pergilah singgah2 di sana sbb saya pernah nampak az-Zain ni di bbrp tempat dah.

oh ye.. Walaupun dalam fikiran saya nak buat ayam masak tu, masak ni, tapi apabila saya bertanya pada Abg, nak makan ayam masak ape?
Laju je jawapan Abg "Abg nak ayam masak kicap!".. hehe.. sememangnya itu lah kegemaran Abg ;)

Jom jom tgk gambar :)
Saya sediakan ayam masak kicap, bayam goreng belacan (biasanya kangkung goreng belacan kan hiii) dan telur dadar.
Cukuplah kan lauk-lauk ni untuk kami berdua. Alhamdulillah :)
ZLH ayam masak kicapppieeee ~ Abg's favoritas! ;)


Lauk ifthar heri kedua kami. Alhamdulilllah atas rezeki ALLAH! :)


Saya hendak berkongsi di sini penyediaan ayam masak kicap.

Bahan-bahan:
  • Ayam beberapa ketul. Gaul dgn kunyit, cili kisar, serbuk cili, serbuk kari, rempah2 yang ada (smlm saya letak jintan) dan sedikit garam. Perap lebih kurang sejam.
  • Bawang merah 5 biji, bawang putih 2 biji - dihiris
  • Halia - dihiris. Tapi smlm lupa ltk!!huhu.. kurg 'kick' rasanya ;)
  • Kicap. Kuantiti mengikut kesukaan sendiri.
  • Kentang - digoreng asing.
Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Agak2 kuantitinya agar tidak terlalu banyak. Saya buat semalam, minyaknya terlebih sedikit jadi kuahnya a lil bit oily.
  2. Tumis bawang dan halia. Apabila sudah naik bau, gorengkan ayam.
  3. Apabila ayam sudah mula masak, curahkan kicap dan sedikit air. Perasakan garam jika perlu.
  4. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
  5. Ayam masak kicap ZLH sudah sedia dimakan :)
p/s: Terima kasih kepada cafe di resort percutian sempena first anniversary kami dahulu. Lauk ini antara yang dihidangkan semasa percutian kami di sana dan Abg suka dengan ayam masak kicap yang diubah suai sedikit daripada ayam masak kicap kebiasaanyya.

Selamat Mencuba! =)

No comments: